Sunday, October 18, 2009

merokok dalam islam...

Merokok dan Islam

Rokok mula diperkenal di dalam budaya Islam lebih kurang 500 tahun dahulu semasa zaman
kerajaan Othmaniah. Sejak itu budaya tersebut mula berkembang dan mendapat sambutan dan
mengakibatkan ramai orang-orang islam mulai menjadikannya sebagai satu tabiaat.

Menyedari tentang kesan buruknya kepada moral dan kesihatan Sultan Murad IV ( 1623-1640)
pernah mengharamkan rokok. Beliau merupakan pemerintah pertama di dunia yang melaksanakan
undang-undang tersebut dan pernah menutup kedai-kedai kopi dimana para perokok berkumpul.

Namun begitu analisa terkini yang dijalankan dalam kalangan penduduk dunia, mendapati
peratusan perokok di negara-negara di mana penduduk majoritinya adalah
muslim secara umumnya
adalah lebih tinggi, contohnya di Indonesia peratusan perokok lelakinya ialah 64 %,
Yaman 77%, Jordan 49 % dan Syria 48 %. Ini merupakan fenomena yang amat menyedihkan.

Kajian yang dijalankan di England juga mendapati komuniti muslim di sana yang terdiri
daripada penduduk Bangladesh dan Pakistan turut mempunyai kadar merokok yang lebih tinggi
iaitu masing-masing 40% dan 29% berbanding dengan kadar merokok di England iaitu 24 %.

Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 30 negara yang mempunyai majoriti pendduduk Islam
di dapati purata kadar merokoknya jauh lebih tinggi berbanding dengan negara-negara membangun
yang lain seperti Britain dan Kanada.

Amat malang juga di sesetengah negara seperti di Indonesia dan Pakistan, merokok merupakan
industri yang amat penting yang melibatkan berjuta-juta pekerja.Keadaan ini mendedahkan
masyarakat Islam kepada bahaya merokok baik secara
langsung atau tidak langsung.

Perokok akan mengalami masalah kesihatan yang berkaitan
dengan rokok. Kerajaan negara terbabit terpaksa memperuntuk dana yang besar bagi mengurus
sistem kesihatan dan mengurangkan peruntukan untuk aspek pembangunan yang lain seperti
pendidikan, kebajikan yang secara tidak langsung akan menjejaskan semua penduduk lain samada
perokok atau tidak.


Hukum Merokok

Isu merokok sebenarnya bukanlah isu baru dalam kalangan ulama islam. Sejak ia mula
diperkenalkan di dunia islam iaitu sekitar tahun 1000 hijrah mereka telahpun mengeluarkan
hukumnya. Walaupun hukum merokok tidak disebut secara langsung daripada Rasulullulah s.a.w
atau Al-Quran namun Islam dengan sifatnya yang universal dan komprehensif telah menggariskan
panduan yang jelas untuk umatnya dalam menghadapi pelbagai perkara yang sedang dan akan

berlaku pada umatnya. Ini membolehkan umat islam menjalani kehidupan yang sejahtera
walaupun mereka berada jauh daripada zaman kehidupan nabi dan al-Quran diturunkan.

Namun begitu fatwa berkaitan merokok telah mengalami transformasi sejak mula ia
diperkenalkan 500-600 tahun di dalam dunia Islam sehinggalah zaman kini, ia sejajar
dengan perkembangan sains dan bukti-bukti baru yang berkaitan dengan kesan merokok muncul.

Secara umumnya Islam menggariskanapabila tidak terdapat nas yang nyata maka sesuatu hukum
itu menjadi harus. Begitu juga dengan rokok, ia bukan perkara yang disebut secara khusus
di dalam quran dan hadith.

Pada ketika ia mula diperkenalkan belum terdapat kajian yang
mendalam berkaitan rokok, maka ulama hanya menghukumkannya berdasarkan kepada perkara yang
nyata terhadap rokok tadi. Sebab itulah pada peringkat awalnya kebanyakan para ulama
berpendapat bahawa hukum merokok adalah
harus atau makruh.

Makruh kerana ia menyebabkan bau busuk yang boleh menganggu orang lain khususnya
semasa berjemaah di masjid dan ia dikiaskan dengan memakan bawang atau bawang putih yang
boleh menganggu jemaah ketika bersolat di masjid..

Walaupun ketika itu kajian berkenaan rokok masih belum meluas dan mendalam,
namun hampir kesemua ulama yang muktabar berpendapat bahawa rokok atau tembakau adalah
termasuk di dalam perkara yang kabaaith atau perkara yang keji yang di larang
oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmannya dalam surah Al-Araaf ayat 157.

Yang bermaksud
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasullah (Muhammad s.a.w.) Nabi yang Ummi, yang mereka
dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi
mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada
melakukan perkara-perkara yang keji; dan menghalalkan bagi mereka segala
benda yang baik,
dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka
beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman
kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan
kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya".

Mereka juga berpendapat merokok termasuk di dalam perkara yang memabukkan dan melalikan
seseorang yang juga dilarang di dalam hadith-hadith nabi s.a.w
Dalam suatu hadith di dalam sahih Bukahri yang diriwayatkan oleh Umar r.a
Sesuatu yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram

Dan di dalam suatu hadith riwayat Muslim disebut
“Sesuatu yang memabukkan adalah haram”

Dalam suatu hadith yang diriwayat oleh Imam Ahmad dan Abu Daud daripada Ummu Salamah beliau meriwayatkan nabi menyebut “ Sesungguhnya Rasulullah mengharamkan sesuatu yang
memabukkan atau mengkhayalkan”
Namun dengan perkembangan sains dan dengan munculnya banyak bukti-bukti yang mengatakan rokok dan tabiat menghisap rokok memang terbukti memberi mudarat kepada kesihatan. Dalam laporan yang dikeluarkan US General Surgeon yang merupakan badan tertinggi perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1964 berdasarkan kepada ratusan kajian saintifik yang dijalaakan membuat kesimpulan bahawa merokok terbukti memberi kesan buruk kepada kesihatan. Dalam laporan berikutnya hinggalah dalam laporan terbarunya pada tahun 2006 bukti-bukti yang menunjukkan merokok memudaratkan kesihatan semakin bertambah nyata. Justeru itu ia menambahkan lagi keyakinan para ulama untuk memberikan fatwa bahawa hukum merokok tidak lagi harus atau makruh tetapi lebih kepada haram.

Berikut disertakan pandangan pelbagai mazhab berkaitan dengan masalah rokok dan merokok.


Mazhab Hanafi

Ulama mazhab Hanafi seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Muhammad al-Ayani di dalam kitabnya
bahawa hukum merokok adalah haram dan terdapat empat sebab mengapa merokok diharamkan
1. Kenyataan daripada doktor dan mereka yang pakar dalam bidang tersebut megesahkan
bahawa merokok memberi kesan yang tidak baik kepada diri seseorang, dan sebarang perkara
yang membahayakan diri seseorang adalah dilarang mengikut pandangan majoriti ulama
2. Pakar perubatan mengatakan bahawa ia merupakan sejenis dadah (menyebabkan kesan
ketagihan dan memabukkan). Oleh itu ianya di larang di dalam Islam. Walaupun kesan
memabukkannya tidak seperti arak tetapi ia memberi kesan mengkhayalkankan dan juga kesan
ketagihan seperti yang telah bincangkan dalam bab-bab yang lepas.
3. Baunya yang busuk dan akan menggangu orang lain terutamanya ketika sembahyang
berjemaah
dan juga menjauhkan diri daripada malaikat sebagaimana dalam hadith sahih

“Sesiapa yang memakan bawang putih dan bawang hendaklah menjauhkan diri daripada kami dan
masjid dan tinggal di rumah sahaja”

Dan daripada Jabir r.a
“Malaikat merasa benci terhadap sesuatu yang manusia juga merasa benci”.

4. Ia merupakan pembaziran dan perbuatan yang berlebih-lebihan disebabkan ia tidak
mengandungi sebarang manafaat tambahan pula pakar-pakar perubatan sepakat mengatakan
bahawa ia memang mendatangkan kemudaratan kepada diri seseorang.


Mazhab Hambali

Di dalam kalangan mazhab hambali menurut pandangan Sheikh Abdullah bin Muhammad bin Abd
Wahab selepas menyebut tentang bukti-bukti terhadap pengharaman arak menyebut bahawa adalah
amat jelas seperti yang di sebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa
perbuatan merokok adalah
dilarang di dalam islam dan sesungguhnya ia adalah memabukkan khususnya jika diambil dengan
banyak dan juga boleh merosakkan akal fikirannya serta orang yang berada disekelilingnya
tanpa mereka ketahui. Dan kita hendaklah berlindung daripada Allah daripada perbuatan yang
merosakkan diri ini.

Pengharaman tersebut bersandarkan kepada hujah bahawa merokok boleh menyebabkan kesan
memabukkan dan khayal terutama bagi mereka yang tidak biasa atau pertama kali mencubanya
walaupun bagi mereka yang sudah menjadikannya sebagai tabiaat tidak akan merasa apa-apa.

Ia juga dikategorikan sebagai bahan yang keji atau menjijikan

Kedua-dua sebab tersebut sahaja sudah cukup untuk menghukumkan bahawa merokok adalah haram
apatah lagi jika ia disokong dengan bukti bahwa perbuatan merokok akan menyebabkan kerosakan
kepada tubuh badan.

Mazhab Shafie

Menurut pendapat kebanyakan ulama mazhab Shafiee pula merokok termasuk perkara yang
diharamkan.

Walaubagaimanapun ada pandangan yang mengatakan bahawa mengambilnya sekali sekala adalah
termasuk di dalam dosa kecil. Namun dosa kecil akan menjadi dosa besar jika ianya bersifat

1. Melakukannya secara berterusan
2. Merasa seronok melakukannya
3. Berbangga dengan apa yang dilakukannya
4. Menjadi ikutan orang lain
5. Tidak menghiraukan tentang kesannya iaitu meremehkan tentang perbuatannya itu.

Kebanyakan perokok akan mengalami ketagihan dan terpaksa meneruskan perbuatan merokok.
Oleh itu ia jelas menunjukkan bahawa menerus dan mengekalkan perbuatan merokok adalah haram

Mazhab Maliki

Menurut Syeikh Khalid bin Ahmad salah seorang ulama dalam mazhab ini dalam jawapannya
kepada isu merokok
menyebut;

Tidak dibenarkan orang yang merokok menjadi imam dan seperti mana benda-benda yang
memabukkan maka urusan jual beli rokok adalah diharamkan.

Takrifan merokok yang digunapakai dalam memutuskan hukum berkenaannya termasuklah sebarang
penggunaan bahan-bahan yang berasaskan tembakau samada dalam bentuk rokok biasa, paip,
cerut atau kunyah yang kerana memberikan kesan yang sama kepada penggunanya.

Disebabkan merokok termasuk perbuatan yang diharamkan maka segala perkara yang berkaitan
dengan rokok seperti membuat, menjual atau memberikan rokok kepada orang lain juga tidak
dibenarkan kerana ia akan menyumbangkan kepada perbuatan merokok.

Kesimpulannya bahawa merokok sebenarnya merupakan racun masyarakat yang membunuh
struktur masyarakat secara perlahan-lahan. Ia merosakan masyarakat dari sudut kualiti dan
ekonominya.

Dr Harmy Mohamed Yusoff
Family Medicine

Friday, September 11, 2009

kalu rajin, bukak page ni..

http://ohtidak.com/oh-melayu-yahudi-bermain-facebook/#more-2592

Thursday, August 20, 2009

Jutawan Ramadhan.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala.
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala.
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala.

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wednesday, August 19, 2009

carilah jodoh beragama....

Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

Sunday, August 16, 2009

Hari mereka bergraduasi, tapi bukan saya...

17/08/2009. Mungkin merupakan tarikh sejarah buat rakan-rakan sekursus dan satu fakulti saya sepanjang 3 tahun lepas. Hari mereka bergraduasi. Tapi bukan untuk saya.. Melalui ajakan seseorang, saya pun turut menyibuk keseorangan dikalangan orang ramai dan ahli keluarga graduan yang bergraduasi di Dewan Sultan Iskandar, UTM pada hari tersebut.. Bukan apa, seseorang itu bersungguh-sungguh mengajak saya untuk menemuinya di hari dia bergraduasi. Saya pun menurut juga menemui beliau walaupun seketika cuma tanpa membawa sebarang penghargaan sebagai hadiah untuknya. Tapi saya pelik. Memang saya ramai menemui rakan-rakan satu kelas bersama keluarga mereka masing-masing ketika saya pusing-pusing disekeliling dewan mereka bergraduasi. Ketika saya jumpa mereka, saya tengok mata mereka, jalan disebelah mereka, saya senyum, mereka tidak berkata, jauh sekali menegur kepada saya. Mereka memang cantik berpakaian jubah merah merun tradisi UTM dengan bertopi hitam berserta solekan yang sedikit tebal bagi pandangan saya. Mungkin mereka tidak mengenali saya walaupun sudah 3 tahun kelas bersama. Atau pun mereka terlalu gembira bersama insan tersayang tanpa perasan kehadiran saya di hari mereka bergraduasi. Hari bergraduasi mereka, bukan saya..

Sunday, June 28, 2009

aku tak pandai..

suatu cuti yang terluang aku pergi melawat kawan-kawan aku di dungun..dalam suatu perbualan suasana lepak dengan kawanku, malik..

malik: bile mung habis, mir?
aku: setahun agi. aku extend.
malik: mung extend??
aku: nok wat gane. orang dop panda (pandai).
malik: orang dop panda la kene blajo mir..

jawapan spontan malik buat aku terdiam sejenak..aku berfikir..benar, tepat sekali apa kata malik tu...mungkin ni la peluang untuk aku mencari ilmu lagi, tak kira ilmu pengetahuan atau ilmu kehidupan sebelum aku menempuh alam yang lebih mencabar....doakan kejayaan aku...

Wednesday, April 29, 2009

Maafkan Teman.

Maafkan teman

Album : Far East
Munsyid : Far East

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....