Wednesday, April 29, 2009

Maafkan Teman.

Maafkan teman

Album : Far East
Munsyid : Far East

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

Saturday, April 25, 2009

Cinta Sains

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian....

Friday, April 24, 2009

mula berjinak-jinak.

Assalamualaikum..

Aku tak tahu kenapa. Aku melihat blog pada zaman kemelesetan ekonomi pada zaman sekarang menjadi satu 'trend' golongan anak-anak muda-mudi menjadi medan platform meluahkan perasaan samaada terhadap pelajaran, pekerjaan, keluarga, kekasih, anak kucing, pokok bunga, komputer, dan sebagainya juga sebagai medan mencari sumber pendapatan. Alam siber katakan. 'Ciber Dating' pun makin meluas pada masa kini.

Sebut pasal dating ni, tak macam zaman dulu-dulu, aku teringat filem P.Ramlee, Masam-masam Manis, keluar bersama, tapi masing-masing sembunyikan identiti, akhirnya ter'kantoi' tinggal bersebelahan bilik dalam satu rumah sewa. Aku pula, sepanjang umur yang hampir nak masuk 22 tahun, tak pernah pula ada pengalaman keluar berdua dating (sob3!). Keluar bersama kawan-kawan perempuan beramai-ramai ada la sekali dua.

Memandangkan aku ada 2 lagi kertas untuk semester ni, aku mintak diri dulu. sejak kebelakangan ni, aku mempunyai masalah sukar untuk tidur. nak jugak aku beli pil tidur............